Hi ols...jom jaga kesihatan dan mejaga keterampilan dengan mengambilkan makanan tambahan daripada SHAKLEE...Emiezancollections kini telah menjadi pengedar sah shaklee..tunggu ape lagi....jom dapatkan sekarang...

berminat boleh hubungi/ sms ezan @ 019-3615511 (whatsapp)

emiezancollections@gmail.com

Please read thru the T&C before placing an order

Thursday, May 22, 2014

Tanda dan Kesan Usus Kotor

Tanda dan Kesan Usus Kotor


Tanda dan Kesan Usus Kotor


Fakta Mengenai Usus!
- 90% penyakit adalah berpunca daripada usus yang tidak bersih [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND] 
- 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon (usus) [THE STAR, 13 MEI 2004] 
- Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.


Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. 





Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. 





Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (Pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon





Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.






Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser





Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin.

Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.

Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. Dr.Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan".


Apakah terbaik untuk membersihkan usus?



Banyaknya produk untuk proses detox nie! Sebenarnya setiap satu mempunyai fungsi yang berlainan. Jom kita tengok setiap satunya.

Alfalfa Sebagai Pencuci Seluruh Badan

Antara penyahtoksik yang terbaik iaitu Alfalfa. Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh ke dalam tanah dan bertindak untuk detox keseluruhan badan kita. Alfalfa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfalfa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan. Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

Garlic Sebagai Pencuci Darah

Garlic bertindak untuk mengeluarkan raksa daripada dalam badan dengan pantas. Selain itu, logam toksik yang lain seperti kadmium dan plumbum akan menaikkan tekanan darah jika tidak dibuang. Garlic mampu untuk menyahkan logam toksik. 

Garlic Shaklee merupakan lain daripada yang terdapat di pasaran kerana bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih iaitu Allicin masih terpelihara disebabkan proses pembuatannya menggunakan suhu yang rendah. 

DTX Complex Sebagai Pencuci Hati

Hati merupakan organ badan kedua terbesar selepas kulit. Antara punca utama hati mengalami tinggi toksik adalah disebabkan oleh rokok. 

Kandungan utama menyebabkan DTX Complex Shaklee lain daripada yang lain ialah diekstrak daripada biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. Iaitu berfungsi untuk menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

Herb-Lax Sebagai Pencuci Usus

Bertindak untuk membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus ataupun colon. Herb-lax bertindak untuk meransang usus untuk mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Selain itu, keberkesanan Herb-Lax menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan usus boleh berfungsi dengan keadaan baik.

Anda ingin detox untuk bahagian yang mana? Ataupun inginkan satu set?
Semua boleh bergantung pada keadaan anda.

Berminat boleh call/ sms 019-3615511 @ whatsapp ke 019-3744588 (ezan)

Shaklee id : 951094
COD Area : Rawang, Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Selayang, Gombak

No comments:

Post a Comment